Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencalonan sudah ditutup, kempen bagi Pilihan Raya Malaysia bermula

Nov 05, 2022 | 06:07 PM



KUALA LUMPUR: Kempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) 15 Malaysia dijangka bermula pagi ini di serata negara dengan pencalonan bagi merebut 222 kerusi Parlimen.



Para calon telah menyerahkan dokumen pencalonan mereka kepada para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.



Para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun umumkan beberapa calon.



Di Langkawi, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan mempertahankan kerusinya dalam persaingan empat penjuru.



Menurut laman Straits Times (ST), beliau berhadapan dengan Datuk Armishah dari Barisan Nasional (BN), Ketua Perikatan Nasional (PN) Kedah, Encik Mohad Suhaimi Abdullah, Encik Zabidi Yahya dari Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas, Padukan Abdul Kadir.



Dr Mahathir, 97 tahun memberitahu para pemberita bahawa beliau bersaing atas sebab perkara yang belum selesai.



Beliau terbuka bekerjasama dengan parti-parti lain selagi mereka tidak dipimpin "penyangak".



Di Gombak, Selangor, akan menyaksikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin bersaing dengan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali.



Selain mereka tiga lagi calon adalah Megat Zulkarnain Omardin (BN), Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir dari Gerakan Tanah Air (GTA) dan calon bebas, Encik Zulkifli Ahmad.



Di Pagoh, Johor, bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mempertahankan kerusinya daripada pesaing, termasuk Datuk Seri Razali  Ibrahim (BN) dan Encik Iskandar Shah (PH).



Awal dari itu, ramai calon tiba di pusat-pusat pencalonan dengan diiringi sorakan penyokong yang mengibarkan bendera besar dan berwarna-warni, ramai yang telah berkumpul seawal pagi untuk menyambut ketibaan para pemimpin mereka yang akan bertanding dalam PRU kali ini.



Di Tambun, Perak para penyokong Pakatan Harapan (PH) berkumpul seawal 7.30 pagi untuk menyambut Presiden Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di sana. 



Sesetengah mereka menubuhkan gerai menjual snek dan barangan seperti kemeja 'T', dan bendera yang melambangkan logo merah PH.  



Di Perak juga, ratusan penyokong ketua Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkumpul dengan sebuah tapak binaan kosong berdekatan pusat pencalonan Bagan Datuk untuk menyambut beliau, yang tiba dalam sebuah konvoi diiringi berdozen motosikal yang membawa bendera BN.



Di Gombak, Selangor, para penyokong Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Amirudin Shari, berbaris dengan beliau serta keluarganya menuju ke pusat pencalonan dengan sorakan "Reformasi" dan "Pakatan Harapan", serta mengibarkan bendera PH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >