Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Hamza lahir kesetiaan dengan pucuk kepimpinan Jordan

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



AMMAN: Mantan putera mahkota Jordan telah berikrar taat setia kepada Raja Abdullah, dua hari selepas beliau mendakwa sedang ditahan di rumah selepas dituduh cuba menjejas kestabilan negara.



Putera Hamza Hussein, 41 tahun, berkata demikian melalui kenyataannya selepas proses timbang tara di mana beliau memberi komitmen menyokong perlembagaan negara tersebut.



Pegawai-pegawai kerajaan tersebut berkata Raja Abdullah telah meminta bapa saudaranya, Putera Hassan, untuk membantu menghuraikan ketegangan tersebut yang sebelum ini tidak diketahui.



Putera Hamza, setakat ini, telah menafikan sebarang dakwaan tentang adanya konspirasi.



Menulis dalam surat yang dikeluarkan oleh istana kelmarin, Putera Hamza berkata: "Saya meletakkan diri saya dalam kuasa Raja... dan saya akan terus memberi komitment kepada perlembagaan Kerajaan Jordan yang saya sayangi."



Malik Dahlan, seorang pakar timbang tara yang dianggap rakan kepada keluarga diraja Jordan turut mengeluarkan kenyataan berasingan dan berkata proses timbang tara berakhir dengan kejayaan dan beliau menjangka huraian tidak lama lagi, menurut agensi berita AP.



Putera Hamzah adalah pilihan pertama sebagai pengganti Raja Abdullah - iaitu abang tirinya - sebagai ketua negara.



Namun, pangkat tengku mahkota dilucutkan daripadanya pada 2004 dan tempat itu diambil alih oleh anak Raja Abdullah.



Ekoran itu, hubungan antara Raja Abdullah dan Putera Hamza dilaporkan di media - perkara yang tidak pernah berlaku di negara tersebut - meskipun adalah difahami ada ketegangan dalam isi rumah diraja lama sebelum kejadian itu.



Sabtu lalu, Putera Hamza mengirimkan dua video kepada BBC di mana beliau mendakwa telah dikenakan perintah tahanan di rumah.



Beliau berkata seorang pegawai kanan telah memberitahunya bahawa beliau tidak dibenarkan keluar rumah atau berhubung dengan orang lain kerana telah mengkritik kerajaan dan raja dalam beberapa pertemuan yang dihadirinya.



Perintah tahanan di rumah itu, difahami, telah dikeluarkan bagi Putera Hamza selepas beliau melawat dan mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin suku kaum di Jordan untuk menentang pucuk kepimpinan kerajaan negara itu.



Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri Ayman Safadi berkata Putera Hamza telah berurusan dengan pihak asing dengan tujuan menjejas kestabilan negara.



Menurut beliau, sekurang-kurangnya 16 orang telah ditangkap, termasuk seorang lagi ahli keluarga diraja, berhubung komplot itu.



Pada hari yang sama, pihak pembangkang di Jordan menerbitkan rakaman di mana Putera Hamza berkata beliau tidak akan mematuhi perintah pihak berkuasa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >