Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn bergelar Raja Rama X apabila naik takhta Thailand

Dec 01, 2016 | 01:40 PM



BANGKOK: Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn pulang ke Bangkok pada Khamis (1 Disember), dua hari selepas Parlimen berkata ia akan menjemput beliau menjadi raja baru Thailand berikutan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej.



Beliau akan bertemu ketua Parlimen, Encik Pornpetch Wichitcholchai, pada petang Khamis selepas upacara Buddha bagi menandakan 50 hari kematian Raja Bhumibol.



Putera Mahkota itu kemudian dijangka secara rasmi menerima jemputan Parlimen untuk naik takhta.



Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan Encik Prem Tinsulanonda, bekas ketua majlis penasihat raja yang kini pemangku raja, juga akan hadir, mengikut jadual istana.



Putera Mahkota itu tiba di Bangkok dari Jerman, menurut dua pegawai kanan tentera.



Beliau mesti secara rasmi menerima jemputan daripada Parlimen sebelum boleh diumumkan sebagai raja.



Setelah naik takhta, beliau akan dikenali sebagai Raja Rama X, atau raja ke-10 Dinasti Chakri yang berusia 234 tahun.



Satu pengumuman rasmi daripada keluarga diraja dijangka dikeluarkan tidak lama selepas itu, mengikut protokol istana.



Raja Bhumibol, 88 tahun, meninggal dunia pada 13 Okt. Encik Prem, 96 tahun, menjadi pemangku raja sejak itu selepas Putera Mahkota tersebut meminta menangguhkan penggantian untuk beliau berkabung. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >