Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Putera Mahkota Saudi sambut Muhyiddin tanpa dijadual

Mar 10, 2021 | 05:30 AM

RIYADH: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh malam kelmarin bagi meneruskan program lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Beliau, yang diiringi isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, tiba dari Madinah di Terminal Diraja dan disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Raja Salman.

Amat jarang seorang ketua pemerintah yang melawat Arab Saudi disambut sendiri oleh Putera Mahkota Saudi.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyertai rombongan itu, mengesahkan sambutan oleh Putera Mohammed tidak dijadualkan lebih awal.

"Ini petanda baik (bagi lawatan ini)," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Tan Sri Muhyiddin dan isterinya kemudian dibawa ke hotel penginapan mereka di bandar itu, dengan kawalan ketat.

Sejurus tiba di Jeddah Sabtu lalu, mereka terus mengerjakan umrah, dengan Tan Sri Muhyiddin diberi peluang memasuki Kaabah dan kemudian melakukan ziarah di Madinah.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin menghadiri beberapa program rasmi yang didahului dengan sambutan rasmi, dan kemuncaknya ialah pertemuan secara maya bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Istana Al Yamamah.

Tan Sri Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Putera Mohammed.

Ia lawatan pertama Tan Sri Muhyiddin ke Arab Saudi sejak menjawat jawatan itu Mac tahun lalu dan atas jemputan Raja Salman.

Perbincangan antara dua pemimpin itu menyentuh mengenai kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, tenaga dan hal ehwal umat Islam, termasuk berkaitan kuota haji dan umrah.

Selepas lawatan itu, Tan Sri Muhyiddin dijadual melawat Amiriah Arab Bersatu (UAE) petang semalam sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok.

Di UAE, beliau dijadual bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, yang juga Raja Dubai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3