DUBAI - Arab Saudi telah menamakan Putera Abdulaziz Salman, yang juga anak kepada Raja Salman, sebagai menteri tenaga baru, menggantikan Encik Khalid Al Falih, menurut laporan Reuters.
Putera Abdulaziz adalah anggota kanan dalam delegasi pengeksport ke Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan memiliki pengalaman luas dalam sektor berkenaan.
Ini adalah kali pertama anggota Diraja Al Saud dilantik memegang jawatan menteri tenaga.
Arab Saudi telah mewujudkan satu kementerian khas untuk industri dan sumber mineral dengan mengasingkannya daripada kementerian tenaga negara tersebut.
Sebelum keputusan memisahkan kededua kementerian itu disahkan, Encik Khalid bertanggungjawab memantau sebahagian besar ekonomi Arab Saudi menerusi kementeriannya yang menyelaras pembaharuan yang dilaksanakan pihak kerajaan.
Pada minggu lalu, Encik Khalid turut dilucut daripada jawatannya sebagai pengerusi syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Saudi Aramco.
Beliau diganti oleh Encik Yasser Al Rumayyan, yang mengetuai dana kekayaan berdaulat (PIF). - Agensi berita.