Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin tolak berdamai dengan Turkey

Dec 18, 2015 | 11:17 AM



MOSCOW: Presiden Russi, Encik Vladimir Putin, membuat satu kecaman marah terhadap Turkey pada Khamis (17 Disember), menolak sebarang perdamaian dengan pemimpinnya dan menuduh Ankara menembak jatuh pesawat perang Russia untuk menarik perhatian Amerika Syarikat.


Dalam komen penuh bahasa kasar, Encik Putin menolak kemungkinan tindakan menembak jatuh pesawat perang Russia di sempadan Turkey-Syria bulan lalu satu kemalangan, dan menyifatkannya sebagai "perbuatan bermusuhan".


"Kami berasa sukar, jika tidak mustahil, mencapai persetujuan dengan kepimpinan semasa Turki," kata Encik Putin dalam satu sidang media.


"Pada peringkat negara, saya tidak melihat sembarang harapan hubungan diperbaiki dengan kepimpinan Turkey," katanya mengenai rakan sejawatannya dari Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan.


Hubungan antara Russia dan Turkey menjadi tegang sejak kejadian 24 November itu, yang membawa kepada kematian dua askar Russia.


Turkey berkata jet Russia itu memasuki ruang udaranya dan mengabaikan amaran berulang, tetapi Moscow menegaskan ia tidak pernah meninggalkan wilayah Syria.


Encik Putin berkata beliau tidak menolak bahawa Ankara bertindak dengan kebenaran tersirat oleh Washington, mungkin supaya Amerika Syarikat sengaja membiarkan Turkey "memasuki wilayah Iraq dan menduduki sebahagian daripadanya".


Beliau juga menuduh pemimpin Turkey menyelia satu usaha "Islamisasi menjalar" di negara itu.


Encik Putin dan Encik Erdogan terlibat dalam perang mulut berhubung tindakan menembak jatuh pesawat itu, dan Moscow telah menuduh keluarga Erdogan berurusan dalam operasi penyeludupan minyak di Syria.


Pada Khamis, Encik Putin malah mengatakan kumpulan Negara Islam Di Iraq dan Syria (ISIS) satu "isu sekunder" di Syria kerana ia diciptakan sebagai "umpan di bawah slogan Islam" untuk melindungi kepentingan ekonomi pemain lain, walaupun beliau tidak menyebut Turkey.


Encik Putin berkata jika tindakan menembak jatuh pesawat itu satu kemalangan, pemimpin Turkey sepatutnya cuba menghubungi Russia dan menjelaskannya.


Encik Erdogan cuba menghubungi Encik Putin pada hari kejadian, tetapi Kremlin mengabaikan permintaannya untuk bercakap dengan pemimpin Russia itu. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >