Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin umum 'operasi ketenteraan' di Ukraine, letupan kedengaran di Kyiv, bandar lain

Feb 24, 2022 | 02:24 PM



MOSCOW: Presiden Rusia, Encik Vladimir Putin membenarkan operasi ketenteraan di timur Ukraine pada Khamis (24 Feb) dalam apa yang boleh menjadi permulaan perang di Eropah berhubung tuntutan Rusia untuk menamatkan perluasan ke arah timur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato)



“Saya telah membuat keputusan operasi ketenteraan,” katanya dalam satu kenyataan mengejut di televisyen sejurus sebelum 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Singapura).



Beliau terus mengecam apa yang disebutnya sebagai "pembunuhan beramai-ramai" yang didalangi oleh Ukraine di timur negara itu, serta dasar agresif Nato terhadap Rusia. 



"Untuk ini, kami akan berusaha untuk mencapai demilitarisasi dan de-Nazifikasi Ukraine," kata Encik Putin, yang berjanji untuk membawa "ke mahkamah mereka yang telah melakukan banyak jenayah, bertanggungjawab atas pertumpahan darah orang awam, termasuk warga Rusia".



Encik Putin berkata jika terdapat sebarang campur tangan asing, Rusia akan bertindak segera. Tanggungjawab untuk sebarang pertumpahan darah akan terletak pada rejim Ukraine, katanya.



Encik Putin berkata: "Sesiapa yang cuba campur tangan dengan kami, atau lebih-lebih lagi, untuk mencipta ancaman kepada negara kami dan rakyat kami, mesti tahu bahawa tindak balas Rusia akan segera dan akan membawa anda kepada akibat seperti yang tidak pernah anda alami sebelum ini dalam sejarah.



"Kami bersedia untuk sebarang peristiwa yang belaku”.



Encik Putin menjadikan operasinya sebagai serangan ke atas "Nazi" di Ukraine, serta penolakan terhadap perintah dunia yang diketuai AS. 



Aspirasi Ukraine untuk menyertai Nato, katanya, mewakili ancaman yang teruk kepada Rusia. 



Beberapa jam sebelum pengumuman Encik Putin, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky berkata Moscow telah meluluskan serangan dan tidak membalas jemputan untuk perbincangan. “Hari ini, saya memulakan perbualan telefon dengan Presiden Persekutuan Rusia. Hasilnya adalah kesenyapan,” katanya.



Sementara itu, Presiden AS Encik Joe Biden mengecam "serangan tanpa provokasi dan tidak wajar", sambil menambah bahawa beliau akan berkoordinasi dengan sekutu Nato untuk memastikan tindak balas yang kukuh dan bersatu.



Dunia "akan mempertanggungjawabkan Rusia" ke atas Ukraine, kata Encik Biden.



"Presiden Putin telah memilih perang yang dirancang yang akan membawa kerugian besar nyawa dan penderitaan manusia.



"Rusia sahaja bertanggungjawab atas kematian dan kemusnahan yang akan dibawa oleh serangan ini, dan Amerika Syarikat serta sekutu serta rakan kongsinya akan bertindak balas dengan cara yang bersatu dan tegas,”  kata Encik Biden dalam satu kenyataan. 



Sementara itu, Encik Biden telah bercakap dengan Encik Zelensky, kata seorang jurucakap, sambil menambah bahawa butiran akan dikeluarkan kemudian. Tidak lama selepas Encik Putin bercakap, letupan kedengaran sebelum subuh pada hari Khamis di ibu negara Ukraine, Kyiv dan beberapa bandar berhampiran barisan hadapan dan di sepanjang pantai negara itu.  - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >