KRISIS DIPLOMATIK NEGARA TELUK

Qatar dituduh abai janji, campuri hal negara lain

DUBAI: Empat negara Arab terus memberi tekanan ke atas Qatar berhubung dakwaan mereka bahawa Doha menyokong pengganasan, sambil menegaskan penerbitan perjanjian rahsia antara Riyadh dengan Doha menunjukkan Qatar memungkiri janji tidak akan mencampuri hal ehwal negara Teluk lain.

Teks perjanjian 2013 itu, yang kewujudannya diketahui tetapi kandungannya tidak pernah diterbitkan sebelum ini, telah disiarkan buat kali pertama oleh CNN sebelum ia diedarkan di media sosial oleh pegawai Arab Saudi.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan