Qatar enggan berunding kecuali negara Teluk tarik balik boikot

DOHA: Qatar tidak akan berunding dengan negara jirannya bagi menyelesaikan pertikaian negara Teluk, kecuali mereka terlebih dahulu menarik balik boikot perdagangan dan perjalanan yang dikenakan dua minggu lalu, kata Menteri Luar Qatar.

Sheikh Mohammed Abdulrahman al- Thani berkata beliau juga akan mengunjungi Amerika Syarikat minggu depan bagi membincangkan kesan perselisihan dengan negara Teluk ke atas ekonomi dan usaha menentang pengganasan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan