DUBAI: Qatar bakal berdepan sekatan tambahan daripada negara Arab, selepas Doha bertegas negara itu tidak akan memenuhi tuntutan yang dikemukakan, menjelang tarikh akhir pada tengah malam semalam.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani, berkata semua tuntutan itu dikemukakan dengan tujuan untuk ditolak, kerana ia bukan dibuat berdasarkan matlamat menangani keganasan, sebaliknya bagi menjejaskan kedaulatan negaranya.