Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Queensland mungkin kenakan sekatan Covid-19 dek kenaikan kes baru

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



CANBERRA: Negeri ketiga paling ramai penduduk di Australia berkata ia mungkin mengarahkan sekatan pergerakan segera selepas muncul beberapa kes Covid-19 baru, sedang ia melaporkan kenaikan jumlah rekod jangkitan harian.



Queensland, yang menempatkan lebih lima juta penduduk, berkata ia mengesan lima jangkitan baru dalam tempoh 24 jam selepas satu keluarga diuji positif bagi Covid-19. Beberapa hari akan datang adalah penting untuk menentukan apakah sekatan pergerakan perlu dilakukan, kata pihak berkuasa semalam.



"Sekiranya kita melihat penularan, kita mungkin melakukan tindakan cepat. Namun pada waktu ini, ia hanya melibatkan keluarga itu," kata Perdana Menteri Queensland, Cik Annastacia Palaszczuk.



New South Wales, yang ibu negerinya Sydney, kini mengenakan perintah sekatan pergerakan. Perintah sekatan pergerakan turut dilaksana di Melbourne dan Canberra.



Penutupan Queensland akan menjadi satu lagi tamparan bagi ekonomi Australia, yang mencecah AUD$2 trilion ($1.97 trilion), yang boleh mengalami kemelesetan kedua dalam beberapa tahun.



Walaupun beberapa negerinya belum melaporkan kes Covid-19 baru, Australia sebelum ini melaporkan purata 2,054 jangkitan.



New South Wales, yang kini diletak di bawah perintah sekatan pergerakan ketat selama tiga bulan, berkata ia mengesan 1,599 jangkitan baru. Di Victoria, pihak berkuasa melaporkan 450 jangkitan, kenaikan harian tertinggi dalam setahun.



Sejauh ini Australia mengalami hampir 73,000 kes Covid-19 dengan 1,084 kematian.



Sementara itu, New Zealand semalam melaporkan 23 kes baru Covid-19 dalam 24 jam, mengendurkan keyakinan ia berupaya membasmi virus itu sekali lagi.



Jangkitan baru, semua di Auckland, meningkat daripada 11 kes yang dikesan kelmarin. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >