Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Raja Permaisuri Agong Malaysia ‘tweet’ tentang ‘diplomasi sambal’ dengan Lee Kuan Yew

Oct 26, 2019 | 02:06 PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jumaat (25 Oktober) telah mengongsi tentang ‘diplomasi sambal’ beliau dengan mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, dalam satu pos di akaun Twitternya.

Beliau turut memuat naik beberapa surat kiriman Encik Lee sebagai tanda penghargaan atas hadiah sambalnya.

Tunku Azizah, 59 tahun, juga mendedahkan bahawa beliau kini menghantar sambal belacan buatannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula.

Dalam pos yang menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Inggeris, beliau berkata: "(Kisah) yang ini, dah lama saya nak share (kongsi) dengan rakyat Malaysia .... sy (saya) dulu ... the official sambal belacan supplier to the (pembekal sambal belacan rasmi kepada) PM of Singapore .. Dato Lee Kuan Yew ... n now supply (dan kini membekalkan sambal belacan kepada) kpd anak nya PM Lee juga!”

Suami Tunku Azizah, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin dari Pahang adalah Raja Malaysia yang sedang memerintah.

Tunku Azizah juga adalah adik perempuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau yang menggunakan nama @cheminahsayang di akaun Twitternya, mempunyai lebih 354,000 pengikut.
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian