Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Salman rasmi pembinaan kota hiburan

Apr 29, 2018 | 05:51 PM



RIYADH: Raja Salman Abdulaziz melancarkan pada Ahad (29 April) pembinaan sebuah  ‘kota hiburan’  berhampiran ibu kota Riyadh,  antara projek bernilai berbilion dolar bagi  membantu negara itu mempelbagaikan sumber ekonominya.



Projek tersebut sebahagian daripada pembaharuan dan program pelaburan yang dikenali sebagai Wawasan  2013,  yang diilhamkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang turut hadir di  majlis pelancaran di tapak pembangunan itu.



Pihak berkuasa menyifatkan projek di tapak seluas 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh, itu sebagai Disneyland versi Arab Saudi.



Fasa pertama, yang  termasuk taman tema mewah, kemudahan sukan bermotor dan kawasan safari, dijangka siap  pada 2022, kata pegawai.



Mereka berharap, taman itu mampu menarik pelaburan asing dan 17 juta pengunjung menjelang 2030.



Arab Saudi bulan ini menayang  tayangan filem pertamanya dalam masa 35 tahun, selepas menarik balik larangan    ke atas pawagam tahun lalu.



Februari lalu, Penguasa   Hiburan Umum Arab Saudi  berkata ia akan menganjurkan lebih 5,000 pesta dan konsert tahun ini,   dua kali lebih banyak  daripada jumlah tahun lalu, dan  sebanyak AS$64 bilion ($84.7 bilion)  ke dalam sektor itu sepanjang  dekad akan datang.



Rakyat Arab Saudi  ketika ini membelanjakan  berbilion dolar setiap tahun untuk menonton filem dan mengunjungi taman hiburan di hab pelancongan negara jiran seperti Dubai dan Bahrain. –  AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >