WASHINGTON: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, telah memerintahkan pendakwa raya awam negara itu membuka siasatan dalaman berhubung kes kehilangan wartawan dan pengkritik, Encik Jamal Khashoggi.
Seorang pegawai kerajaan Saudi yang enggan dikenali berkata siasatan dalaman akan dilakukan berdasarkan maklumat daripada pasukan penyiasat bersama di Istanbul.