Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Thailand pecat 6 pegawai istana atas tingkah laku “sangat jahat”

Oct 24, 2019 | 11:33 AM



BANGKOK - Raja Maha Vajiralongkorn dari Thailand telah memecat enam pegawai istana atas sebab kelakuan “sangat buruk”, menurut pengumuman yang dibuat pada Rabu (23 Oktober), selang beberapa hari selepas beliau lucut gelaran peneman diraja.



Mereka yang dipecat termasuk seorang wanita, pegawai polis kanan dan dua penjaga diraja, semuanya bekerja di istana. AFP melaporkan bahawa jururawat dalam perkhidmatan pengawal bilik tidur dan doktor haiwan adalah antara mereka yang dipecat.



Menurut laporan Reuters, dua pengumuman berasingan yang diterbitkan dalam surat khabar rasmi kerajaan itu menuduh enam pegawai istana atas kesalahan salah laku disiplin yang amat ketara, yang telah menyebabkan keburukan kepada perkhidmatan diraja, dan berkata mereka telah dipecat dan dilucutkan daripada semua pangkat rasmi mereka.



"Raja telah memerintahkan pemecatan mereka dari perkhidmatan diraja… atas sebab salah laku dan perbuatan disiplin mereka yang dianggap sangat jahat," dedah salah satu pengumuman itu.



Surat khabar itu mendakwa mereka telah mengambil kesempatan "kedudukan rasmi mereka untuk keuntungan mereka sendiri atau untuk orang lain". - REUTERS, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >