Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Rakan kuat Putin keluarkan amaran nuklear

Kenyataan dibuat sedang Eropah siasat letupan dua saluran paip gas asli Russia di bawah Laut Baltic, ribuan warga Russia seberangi sempadan bagi elak dikerah tentera
Sep 29, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Rakan kuat Presiden Russia Vladimir Putin, Encik Dmitry Medvedev, mengeluarkan amaran nuklear baru kepada Ukraine dan pihak Barat kelmarin sedang Russia mula mengeluarkan keputusan satu pungutan suara sebagai permulaan langkah untuk mengilhak empat wilayah Ukraine ke Russia.



Penyiaran terbaru Moscow itu datang sedang negara Eropah bergegas untuk menyiasat kebocoran besar yang tidak dapat dijelaskan di dua saluran paip gas asli Russia di bawah Laut Baltic, yang menimbulkan risiko letupan dan menenggelam kapal yang memasuki kawasan itu.



Pihak Kremlin berkata ia tidak menolak tindakan sabotaj, namun tidak menyatakan siapa yang harus dipersalahkan.



Amaran terbaru senjata nuklear oleh Encik Medvedev, Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, adalah salah satu daripada beberapa kenyataan yang dikeluarkan Encik Putin dan rakan-rakannya dalam beberapa minggu lalu ini.



Penganalisis berkata kenyataan itu dibuat untuk menghalang Ukraine dan negara Barat dengan membayangkan kesediaan menggunakan senjata nuklear taktikal untuk mempertahankan wilayah yang baru diilhak Russia - dengan tentera Russia menghadapi serangan balas hebat Ukraine dalam beberapa minggu lalu.



Amaran Encik Medvedev berbeza daripada yang terdahulu, dengan beliau meramalkan buat kali pertama bahawa pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tidak akan mengambil risiko perang nuklear dan secara langsung memasuki perang Ukraine walaupun Moscow menyerang Ukraine dengan senjata nuklear.



"Saya percaya Nato tidak akan campur tangan secara langsung dalam konflik ini walaupun dalam senario ini," kata Encik Medvedev dalam satu catatan di Telegram. "Pemimpin di seberang lautan dan di Eropah tidak akan mati dalam perang nuklear."



Encik Putin sebelum ini membincangkan pengerahan golongan muda dan petani untuk berperang di Ukraine - langkah terbaru dalam kempen yang diumumkannya minggu lalu untuk menyokong apa yang Moscow panggil "operasi ketenteraan khas" selepas medan perang tidak berpihak kepada Russia sejak awal September.



Kempen pengerahan itu telah mendorong ribuan rakyat Russia bergegas menyeberangi sempadan Russia ke negara jiran untuk mengelakkan diri daripada dikenakan pengerahan tersebut.



Pegawai pemerintah Russia telah berulang kali memberi amaran bahawa mereka mungkin menggunakan senjata nuklear jika tentera Kyiv, yang mengawal beberapa kawasan yang didakwa Moscow miliknya, cuba mengambil apa yang Russia bakal menganggap sebagai wilayah berdaulat tidak lama lagi.



Washington berkata ia telah menyatakan secara peribadi dan tegas kepada Moscow tentang apa yang disifatkannya sebagai "akibat malapetaka" kepada Russia jika ia melakukan serangan nuklear.



Penasihat presiden Ukraine, Encik Mykhailo Podolyak, berkata Ukraine sedang bersiap sedia bagi kemungkinan serangan nuklear Russia, tetapi, katanya, tanggungjawab terletak pada negara bersenjata nuklear untuk menghalang serangan itu.



"... Di manakah kita harus pindahkan orang ramai sekiranya serangan nuklear Russia terhadap Ukraine?" katanya dalam satu wawancara dengan akhbar Switzerland Blick.



"Itulah sebabnya penggunaan senjata nuklear adalah persoalan keselamatan global."



Di tengah Kyiv, guru muzik Encik Andrii Liubomyr berkata beliau tidak terkesan dengan kemungkinan serangan nuklear.



"Jadi apa? Apa yang perlu kita takutkan selepas 24 Februari? Tiada apa yang perlu ditakutkan lagi," katanya merujuk kepada permulaan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Tentera Ukraine dan Russia kini sedang bertempur hebat di beberapa kawasan berlainan di Ukraine.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata wilayah Donetsk di timur kekal sebagai keutamaan strategik negaranya dengan pertempuran "amat serius" melanda beberapa bandar di situ. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >