Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Johor pilih kerajaan baru 12 Mac, individu 18-20 tahun layak undi

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac, umum Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia semalam.



Suruhanjaya itu berkata hari penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ialah 26 Februari, yang bermakna tempoh berkempen ialah dua minggu.



Hampir 2.6 juta orang layak membuang undi, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu, lapor The Straits Times (ST).



Pilihan raya itu diadakan selepas DUN Johor dibubar pada 22 Januari.



Kerajaan negeri itu sebelum ini diterajui Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN), bersama pakatan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.



Menyusuli kematian Ahli DUN Kempas, Datuk Osman Sapian, pada Disember, pentadbiran itu menguasai 28 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi, hanya satu kerusi lebih daripada pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH).



Pilihan raya bulan depan dijangka memecahbelahkan perikatan sedia ada, dengan calon BN dan PN menentang satu sama lain, dan parti komponen PH berkempen secara berasingan, menurut ST.



Ia juga menandakan kali pertama individu berusia 18 tahun hingga 20 tahun boleh mengundi dalam pilihan raya Malaysia, selepas perundangan bersejarah menurunkan usia mengundi akhirnya berkuat kuasa pada Disember.



Terdapat 175,000 pengundi berumur 18 hingga 20 tahun di Johor, membentuk kira-kira 7 peratus daripada pengundi yang layak di negeri itu.



Sementara itu, pengundi di Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan di Indonesia yang sebelum ini tidak layak mendaftar sebagai pengundi pos kini boleh berbuat demikian, kata Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Abdul Ghani Salleh.



Mereka boleh memohon dari semalam hingga 18 Februari untuk mengundi menerusi pos, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >