Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M’sia bosan konflik Anwar-Azmin

Jul 20, 2019 | 04:30 PM



 





PETALING JAYA: Sementara laporan hubungan tegang antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Azmin Ali terus membolot tajuk berita di seberang Tambak, ramai rakyat Malaysia berkata mereka bosan dengan isu itu.



Mereka telah menggunakan media sosial untuk melahirkan rasa kecewa terhadap pertikaian politik antara dua kumpulan dan pemimpin bersetentangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.



Seorang pengguna Twitter Ariff A Shah berkata:



“Dua bekas rakan berperang bagi kedudukan dan pengaruh adalah satu perkara… menggunakan skandal memalukan ini sebagai medan pertempuran adalah satu perkara yang lain pula. Keadaan ini amat menyedihkan.”



Seorang lagi pengguna Internet Nsyakinah berkata tumpuan media dan tokoh politik perlu beralih ke usaha membangun negara, daripada hanya kepda video seks sejenis.



“Tiada orang yang pedulikan video itu… tapi tokoh politik asyik memberi tumpuan kepadanya. Kita baru sahaja meminda perlembagaan bagi Undi 18, tapi sebaliknya, kita masih mendengar tentang video seks setiap hari,” katanya.



Awal minggu ini, parlimen malaysia meluluskan pindaan perlembagaan federal untuk merendahkan usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, selain membenarkan pendaftaran pengundi automatik. 



Bulan lalu, klip video yang menunjukkan dua lelaki melakukan seks sejenis timbul di Internet. Bekas ketua PKR Muda Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku beliau salah seorang lelaki dalam video itu. Beliau juga mendakwa lelaki kedua sebagai Encik Azmin. Encik Azmin menafikan perkara ini dan siasatan polis sedang  berlangsung. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >