Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Malaysia bersatu untuk galakkan Raja Permaisuri aktifkan semula akaun Twitternya

Sep 12, 2019 | 04:26 PM



PETALING JAYA: Rakyat Malaysia bersatu hati untuk berkempen di Twitter supaya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengaktifkan semula akaun Twitternya.



Puluhan ribu pengguna Twitter melahirkan kesedihan mereka dan cuba mengajak Tunku Azizah mengubah fikirannya dan mengaktifkan semula akaunnya, @cheminahsayang.



Isteri Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang amat disayangi oleh rakyat Malaysia, dan mesra dalam laman media sosial, dipercayai telah menyahaktifkan akaun Twitter rasminya pada malam Rabu (11 Sept).



Walaupun tidak ada sebarang pengumuman rasmi yang diberikan mengenai akaunnya yang dinyahaktifkan, para pengguna Twitter membuat andaian bahawa beliau dibuli dalam siber.



"Pada masa berlakunya perpecahan dan rasa negatif di kalangan kaum, Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah menjadi harapan dan perpaduan negara.



Seorang pengguna lain, bernama Clarky, berkata: "Memiliki seorang raja dan raja permaisuri adalah satu nikmat bagi kita. Mereka merupakan simbol yang menyatukan kita. "



Pengguna Twitter Fatindaeyo mempersoalkan bagaimana sesetengah rakyat Malaysia dapat menyalurkan kebencian terhadap seseorang yang amat disenangi dan rendah hati.



Sebelum ini, sewaktu sambutan Hari Merdeka, Tunku Azizah menerima beberapa kritikan di media sosial kerana beliau didapati mengambil terlalu banyak foto semasa perarakan itu, dengan beberapa orang menyatakan bahawa beliau "berkelakuan seperti anak kecil".



Sebagai tindak balas, Raja Permaisuri Agong berkata beliau mengambil gambar dengan telefonnya semasa perarakan Hari Kebangsaan kerana Raja memintanya berbuat demikian dan dia hanya mengikuti perintahnya.



Ramai rakyat Malaysia cepat membelanya kerana akaun twitternya disenangi ramai apatah lagi dengan perwatakannya yang peramah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >