Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M'sia berasa bayaran baru RCC akan memberatkan saku

Jan 17, 2017 | 10:25 AM



JOHOR BAHRU - Rakyat Malaysia yang memandu ke Singapura setiap hari perlu membayar satu lagi bayaran - Bayaran Jalan Raya Sepadan (RRC). Singapura menyatakan ia mengenakan bayaran itu supaya sepadan dengan dengan bayaran RM20 ($6.40) yang dikenakan Malaysia ke atas kereta Singapura.



Walaupun RRC hanya $6.40 (RM20), ini adalah tambahan ke atas bayaran lain - Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan kadar tol - yang perlu dibayar oleh Malaysia untuk memandu masuk ke Singapura.



Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah di seberang sempadan amat kecewa dan prihatin bahawa pengendali van sekolah mungkin menggunakan RRC sebagai alasan untuk menaikkan tambang yang sedia tinggi.



Cik Ivy Teh, 48 tahun, yang ada dua anak bersekolah di sekolah rendah Singapura, berkata tambangnya telah meningkat kepada RM750 seorang, berbanding RM350 enam tahun lalu.



Bayaran itu semakin meningkat sejak beberapa tahun ekoran kenaikan harga petrol. Kini, beliau bimbang RRC akan menyebabkan bayaran tambang itu naik lagi.



Bayaran baru itu akan dipungut bersama permit masuk dan bayaran tol masuk yang boleh berjumlah $41.50.



"Saya telah mencadangkan kepada pengendali van supaya memberi masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk melihat jika bayaran RRC $6.40 benar-benar menjejas perniagaannya sebelum menaikkan lagi harga," katanya dalam temu bual di sini Isnin (16 Jan).



Suri rumah Choong Swee Lan, 50 tahun, berkata ia akan menjadi beban besar jika tambang dinaikkan lagi kerana beliau kini membayar RM1,400 untuk menghantar dua anaknya ke sekolah di Singapura.



"Kami sudah mengeluarkan belanja banyak untuk memberi anak-anak kami pendidikan yang lebih bermutu.



"Dengan sekolah di Singapura menyemak semula yuran sebanyak 10 peratus setiap tahun dan kos sara hidup yang tinggi di sini, kami mungkin berhenti menghantar anak-anak kami ke sana," katanya.



Seorang pemandu, yang ingin dikenali sebagai Jack, 36 tahun, berkata ia adalah sukar bagi orang-orang sepertinya yang kerap memandu ke Singapura kerap untuk bertemu dengan rakan perniagaannya yang mengendalikan sebuah bengkel di Jurong.



"Masanya tidak elok kerana kelembapan ekonomi negara kita sudah menjejas rakyat.



"Saya tiada pilihan terpaksa memandu kerana sukar bagi saya menghadiri mesyuarat tepat pada waktu jika saya mengambil pengangkutan awam," katanya.



Kontraktor Idzwan Idzhar Marappan, 27 tahun, yang berbelanja dan menjamu selera di Singapura dengan rakan-rakan dan keluarga setiap minggu, berkata beliau mungkin mula berkongsi kereta dengan orang lain untuk menjimatkan kos.



"Bayaran sedia ada seperti VEP dan tol seolah-olah tidak mencukupi, dan kini kita perlu membuat bayaran tambahan $6.40," keluhnya.



Pengurus penjualan Shareen Kaur, 30 tahun, yang berulang-alik ke Singapura setiap hari kerana kerja berkata beliau lebih suka bangun lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam daripada membayar tambahan bagi RRC.



"Sesekali saya memandu ke Singapura tetapi dengan bayaran RRC bulan depan, saya tidak keberatan menempuh bersama orang ramai menggunakan pengangkutan awam," katanya.



Tetapi ahli perniagaan Haziq Hakim, 30 tahun, yang memasuki Singapura dua kali seminggu dengan ibu bapanya, berkata beliau tidak akan membuat orang tua beliau mengambil pengangkutan awam.



Ia mengambil masa antara 45 minit dengan satu jam menggunakan pengangkutan awam, termasuk masa beratur di kaunter imigresen, dan mereka perlu lebih bangun awal sekitar 3 pagi atau 4 pagi, untuk menaiki bas.



Jika memandu, ia adalah mudah jika trafik lancar dengan mengambil masa hanya 10-15 minit untuk menyeberang. Tetapi jika ada kesesakan, perjalanan boleh mengambil masah hingga dua jam. Lebih banyak kereta dilihat pada hujung minggu. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >