Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M'sia diminta duduk rumah, jangan balik kampung

Mar 18, 2020 | 03:00 PM



KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, merayu kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain, menyusuli tindakan orang ramai yang dilihat mengambil peluang untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan kerajaan akibat penularan Covid-19.



Dalam satu kiriman di Facebook pada Rabu (18 Mac), Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai peluang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan rakyat diminta membantu dengan memainkan peranan mereka.



“Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.



“Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” tulisnya.


Beliau merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya mengambil perintah kawalan pergerakan itu secara serius.



"Duduk di rumah dan jangan keluar," tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >