Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M'sia kongsi pendapat di Facebook tentang rancangan S'pura calon 'budaya penjaja' ke senarai Unesco

Aug 21, 2018 | 01:00 PM



 





PETALING JAYA: Rakyat Malaysia, di Facebook, telah memberi komen tentang rancangan Singapura menamakan budaya penjaja makanan setempat sebagai calon bagi senarai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).



Pengguna Facebook Chris Whata berkata negara Asia Tenggara lain seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam mempunyai budaya penjaja makanan yang lebih tulen.



“Dari segi makanan penjaja, saya rasa Thailand dan Indonesia lebih rancak,” kata Fikri Hasim.



Pengguna Facebook lain, seperti  Roy Yuen, Shahrain Mohamad and Khoo ChunKheng berkata makanan Penang adalah yang terbaik.



Qui An berkata penduduk di Penang harus menggesa negeri mereka mendapatkan gelaran sebagai destinasi makanan terbaik di Asia dan kawasan warisan bagi makanan Asia tulen.



Sarimah Samad-Imran berkata Singapura harus berhenti mengaku ‘nasi lemak dan laksa kari sebagai makanan sendiri’.



“Nampaknya, mereka terus mengaku ‘penjaja’ sebagai budaya mereka juga? Saya jangka, tidak lama lagi, semua makan dan budaya di dunia juga akan diakui mereka,” katanya.



Satu lagi pengguna Facebook Hamzah Hashim mengutarakan pandangan yang serupa.



“Saya pergi ke bazar Ramadan di Singapura tahun lalu. Ia bak jenaka. Harganya terlalu tinggi dan kurang makanan tradisional dan terlalu banyak makanan ‘hipster’,” katanya.



Pengguna Facebook lain, seperti Steven Ngai berkata ‘merizab meja menggunakan kertas tisu adalah amat unik’.



 Pengguna lain, Noel Solomon Ponniah bersetuju dengan kenyataan itu, dan berkata ia adalah ‘amalan amat bertamadun’, sementara Harivin Krishnan berkata amalan itu ‘warisan tunggal yang dimiliki pusat makanan di Singapura’.



Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (19 Ogos) bahawa Singapura akan menamakan sebagai calon budaya penjaja di Singapura untuk disertakan dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai (Unesco Rep List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity).



Menurut Encik Lee, pusat penjaja makanan di Singapura adalah ‘dewan jamuan masyarakat’ dan sebahagian unik identiti dan warisan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >