Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Rakyat New Zealand mengundi hari ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Rakyat New Zealand mengundi hari ini

Sep 23, 2017 | 03:03 PM

WELLINGTON: Rakyat New Zealand mengundi hari ini pada pilihan raya sengit yang menyaksikan Perdana Menteri konservatif, Bill English ditentang pencabarnya yang masih muda dan berkarisma, Cik Jacinda Ardern.

Kempen pilihan raya yang dianggap antara paling sengit dalam sejarah negara ini, dengan sokongan berubah daripada Encik English kepada Cik Ardern dan kembali semula kepada perdana menteri itu.

"Pilihan raya kali ini amat sengit, ia pertandingan antara dua parti utama," kata Encik English semalam.

Tiada parti mendakwa memperoleh majoriti dalam Parlimen New Zealand dengan 120 kerusi sejak undian perbezaan diperkenalkan pada 1996 dan pilihan raya kali ini berkemungkinan tidak mengubah keadaan itu.

Tinjauan pendapat menunjukkan sama ada Parti Nasional pimpinan Encik English atau Buruh pimpinan Cik Ardern berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan lewat hari ini.

Kemungkinan lain adalah tiada pemenang mutlak apabila kedua-dua parti utama mencari rakan gabungan untuk membolehkan kerajaan dibentuk. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3