ORANG ramai yang kebanyakannya warga Singapura berhimpun di Pejabat Pusuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur untuk menyaksikan siaran langsung bagi upacara pengebumian negara mendiang Encik Lee Kuan Yew, daripada menontonnya di rumah yang disiarkan secara langsung di serata Malaysia.
Beberapa orang tidak dapat menahan tangisan mereka, terutama semasa euologi Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai "obor pedoman" Singapura.
"Lima puluh tahun lalu, kita ditinggalkan begitu sahaja dan tanpa beliau, kita tidak akan berada seperti hari ini," kata Cik Adelene Bek, 42 tahun, sambil menangis, lapor akhbar The Straits Times.
Beliau mengimbas kembali bagaimana dalam 1990 beliau berasa bimbang apabila mendiang Encik Lee berundur diri sebagai perdana menteri, tetapi diyakinkan apabila menyedari Encik Lee telah memilih para pemimpin berkebolehan untuk meneruskan kerjanya.
"Beliau sentiasa berada seribu langkah di hadapan," katanya.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura terpaksa mendapatkan lebih banyak kerusi kerana ia hanya memperuntukkan hanya sekitar 70 orang, sambil menjangkakan ramai rakyat Singapura akan menyaksikan pergerakan jenazah di rumah atau pulau ke Singapura untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lee.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Vanu Gopala Menon, berkata lebih 1,000 orang telah menandatangani buku takziah sejak minggu lalu, termasuk ramai rakyat Malaysia.