KEJADIAN MENEMBAK DI AMERIKA SYARIKAT
Ramai terus bantah keganasan polis
Bantahan serata Amerika diadakan dan lebih 200 penunjuk perasaan ditahan
Jul 12, 2016 | 05:30 AM
DALLAS: Lebih 200 penunjuk perasaan ditahan selepas mencetuskan kekecohan yang berterusan di Amerika Syarikat.
Ia adalah rentetan keganasan polis terhadap warga berkulit hitam ketika pihak berkuasa turut mendedahkan penembak hendap di Dallas merancang satu serangan bom besar.