WASHINGTON: Satu ramalan baru menganggarkan hampir 135,000 kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat menjelang awal Ogos, rata-rata disebabkan oleh langkah pembukaan semula yang sedang dijalankan, kata Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) di Universiti Washington pada Isnin (4 Mei).
Ramalan jumlah kematian Amerika hingga awal Ogos berjumlah 134,475, iaitu julat tengah antara 95,092 dengan 242,890, kata IHME.
Ramalan yang disemak itu hampir dua kali ganda jumlah kematian yang dijangkakan di Amerika sejak anggaran terakhir pada pertengahan April.
Anggaran baru itu mencerminkan peningkatan pergerakan dan pelonggaran langkah jarak selamat yang dijangkakan di 31 negeri menjelang 11 Mei, kata IHME, yang modelnya digunakan oleh Rumah Putih.
Kontak yang meningkat di kalangan orang ramai akan mendorong penularan koronavirus itu, katanya. - Reuters.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Ramalan baru anggar hampir 135,000 kematian Covid-19 di Amerika jelang Ogos
May 05, 2020 | 08:39 AM