Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS rampas kapal tangki minyak Iran

Apr 29, 2023 | 03:29 PM



WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengarahkan sebuah kapal minyak mentah Iran dipesong ke Amerika.



Tindakan ini dianggap para pegawai sebagai tindak balas kepada keputusan Iran menahan sebuah kapal yang menuju ke Amerika pada Khamis.



Tiga sumber berkata Amerika telah memintas sebuah kapal yang berisi minyak mentah Iran yang sepatutnya dijadualkan ke China, sedang Washington meningkat penguatkuasaan sekatan ke atas Teheran.



Angkatan tentera laut Iran gagal mengejar kapal itu selepas ia mulakan perjalanan terkininya.



Difahamkan Jabatan Keadilan Amerika merampas kapal itu, yang diberi nama Suez Rajan, di bawah satu perintah mahkamah dengan kerjasama syarikat yang terlibat dengan kapal itu.



Kapal Suez Rajan ini telah menjadi tumpuan sejak tahun lalu apabila ia didakwa mengambil sebuah kargo minyak Iran yang dijadualkan ke China, daripada sebuah kapal dekat Singapura.



Namun jabatan itu enggan memberikan komen.



Tindakan terkini Amerika terhadap Suez Rajan membuat Iran menahan pula Advantage Sweet, sebuah kapal berisi minyak mentah Kuwait yang dijadualkan ke Amerika.



Seorang pegawai Amerika berkata penahanan kapal itu seolah-olah membalas langkah Amerika menahan kapal minyak Iran.Sementara itu, Iran cuba mendapatkannya semula, namun gagal.



Iran mempunyai sejarah menahan kapal-kapal sebagai membalas langkah negara Barat menyasarkan perkapalan minyak mentahnya.



Pada 2019, Iran merampas dua kapal asal Britain sejurus selepas Britain merampas sebuah kapal Iran yang telah berhenti di Gibraltar sedang ia menuju ke Syria. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >