Rampasan dadah: Polis Johor berkas pasangan kekasih warga S'pura, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Rampasan dadah: Polis Johor berkas pasangan kekasih warga S'pura

Apr 15, 2020 | 08:35 AM

JOHOR BAHRU: Polis menahan sepasang kekasih warga Singapura dan merampas sejumlah dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata lelaki berusia 25 tahun dan wanita berumur 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul 8.20 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek memiliki dadah disyaki jenis pil ecstacy 1,009 biji dan syabu seberat empat gram yang bernilai RM40,960,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam 

Turut disita dalam serbuan itu sebuah kenderaan jenis BMW, barang kemas, wang tunai RM35,050 ($11,453) dan $20,516 dalam nilai dolar Singapura dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah sekitar RM197,124.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map