Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rancangan bagi atur pertemuan Biden dengan Xi Jinping

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Rumah Putih akan mempertimbangkan untuk mengatur perbincangan antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dengan rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, bagi membincangkan pelbagai isu termasuk hak asasi manusia.



Penasihat keselamatan Amerika Jake Sullivan berkata kedua-dua pemimpin itu akan membuat penilaian mengenai hubungan kedua-dua negara itu.



Beijing sebelum ini melahirkan kemarahan terhadap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) atas desakan Encik Biden, dengan negara itu dikecam berkenaan hak asasi manusia di wilayah Xinjiang dan Hong Kong sambil menuntut siasatan menyeluruh mengenai asal usul koronavirus di China.



"Tidak lama lagi, kami akan berusaha mencari jalan yang tepat untuk kedua-dua presiden terbabit.



"Ia boleh menjadi panggilan telefon, mungkin pertemuan di sidang kemuncak antarabangsa yang lain atau mungkin sesuatu yang lain," katanya.



Encik Biden dan Encik Jinping dijangka menghadiri persidangan G20 pada Oktober ini, dihoskan Italy, yang mungkin sesuai untuk perbincangan itu diadakan.



Bagaimanapun keputusan akhir belum dicapai.



Ketika ditanya sama ada Amerika akan meminta Encik Jinping untuk mendesak siasatan mengenai asal usul Covid-19, Encik Biden menyatakan mereka "saling mengenali dengan baik, kami bukannya kawan lama".



Para pengamat melihat hubungan antara kededua negara itu agak tegang setelah negara-negara kaya G7 berikrar untuk menangani pengaruh China yang semakin meningkat, menimbulkan soal hak asasi manusia di Xinjiang dan menuntut kebebasan dan tahap autonomi lebih besar untuk Hong Kong.



Pemimpin G7 diminta bangkit dan dan bersaing dengan China berhubung cabaran pelbagai aspek bermula daripada isu memelihara demokrasi sehingga kepada perlumbaan teknologi.



Pertemuan G7 adalah penting untuk bergerak ke hadapan dan mencerminkan penggabungan teknologi yang tidak wujud beberapa tahun yang lalu, kata Encik Sullivan ketika berada dalam pesawat Air Force One menuju ke Brussels.



Beliau menambah ada pandangan yang luas bahawa China mewakili penentangan besar terhadap demokrasi dunia.



Katanya, pemimpin G7 menyetujui perlunya agenda bersama dalam menangani China, termasuk unsur-unsur di mana mereka akan berdiri dan melawan balik serta bersaing.



Pemimpin G7 berusaha untuk menyaingi pengaruh China yang semakin meningkat dengan menawarkan rancangan pembangunan infrastruktur bagi bersaing dengan inisiatif Belt and Road Beijing dengan menyokong projek seperti landasan kereta api di Afrika dan ladang angin di Asia.



Beijing berulang kali membalas apa yang dianggapnya sebagai percubaan oleh kuasa Barat untuk menundukkan China.



Republik itu melihat negara kuasa besar masih dicengkam pemikiran imperialis lama selepas bertahun-tahun mengaibkan China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >