Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rang bagi larang ibu bapa di Malaysia tukar agama anak bawah umur secara sepihak

Nov 22, 2016 | 11:00 AM



KUALA LUMPUR: Apabila Encik K. Pathmanathan memeluk agama Islam pada 2009 dan meninggalkan isterinya, Cik Indira Gandhi, beliau menukarkan juga agama dua anak mereka tanpa pengetahuan isterinya.



Encik Pathmanathan memenangi hak penjagaan anak dengan pergi ke mahkamah syariah Malaysia dan mendakwa mereka tidak boleh dibesarkan oleh orang bukan Islam.



Cik Indira, seorang penganut agama Hindu, tidak boleh mendapatkan bantuan mahkamah sivil kerana mereka tidak boleh campur tangan dalam keputusan mahkamah Islam.



Bagi menghentikan kes seperti itu berulang, kerajaan Malaysia membentangkan di parlimen pada Isnin (21 Nov) Rang Undang-Undang d untuk menghalang penukaran agama sepihak budak bawah umur oleh salah seorang ibu bapanya.



Jika diluluskan, pindaan ke atas undang-undang keluarga sedia ada itu akan juga akan memberi kuasa kepada mahkamah sivil untuk membantu ibu bapa bukan Islam menyelesaikan perkara tersebut, lapor laman berita Malaysiakini.com.



Rang itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, bagi bacaan pertama di Dewan, dengan satu seksyen baru yang secara jelas menyatakan "kedua-dua pihak" dalam perkahwinan sivil mesti bersetuju sebelum penukaran agama anak bawah umur kepada Islam boleh berlaku.



Menurut laman web berita The Malay Mail Online, undang-undang baru itu, jika diluluskan, akan membolehkan anak kekal dalam agama ibu bapa semasa berkahwin hingga mereka berusia 18 tahun, apabila mereka boleh memilih agama sendiri.



Jika ibu bapa menganut agama berlainan sebelum salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam semasa berkahwin, "anak daripada perkahwinan itu bebas kekal dalam salah satu agama lama pasangan itu sebelum bertukar agama kepada Islam".



Satu lagi usul penting ialah pindaan yang dicadangkan itu boleh digunakan secara retrospektif bagi kes yang belum selesai di mahkamah.



Penukaran agama anak bawah umur kepada Islam oleh pasangan bukan Islam yang berpisah menimbulkan ketegangan agama di Malaysia.



Malaysia menggunakan dua sistem undang-undang: sistem mahkamah sivil dengan bidang kuasa ke atas undang-undang umum, dan sistem mahkamah syariah bagi umat Islam dan perkara berkaitan agama Islam, seperti perkahwinan dan pewarisan, berdasarkan enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.



Jika terdapat percanggahan, mahkamah sivil hampir selalunya menurut mahkamah syariah dalam kes mengenai perkara berkaitan agama Islam.



Apabila salah seorang ibu bapa dalam perkahwinan sivil memeluk agama Islam dan kemudian menukarkan agama anaknya yang berumur bawah 18 tahun kepada Islam, hak ibu bapa yang menukar agama itu diiktiraf oleh enakmen Islam.



Mahkamah syariah besar kemungkinan memberi hak menjaga anak itu kepadanya agar anaknya akan kekal sebagai Muslim.



Satu-satunya pilihan undang-undang bagi ibu bapa bukan Islam ialah memfailkan tuntutan hak penjagaan anak dan memohon pembatalan pertukaran agama mereka di mahkamah sivil.



Kes Cik Indira, seorang guru tadika, belum selesai walaupun sudah tujuh tahun beliau menuntut untuk membatalkan penukaran agama anak-anaknya.



Beliau kini merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Disember lalu bahawa hanya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan pertukaran agama seseorang.



Mahkamah Persekutuan akan meneruskan pendengaran rayuan beliau bulan depan.



Anak perempuan Cik Indira, Tevi Darsiny, dan anak lelakinya, Karan Dinish, kini telah dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri mengenai agama mereka.



Tetapi apabila bekas suaminya, kini dikenali sebagai Muhammad Riduan Abdullah, meninggalkan rumah pada Mac 2009, beliau juga membawa anak bongsu mereka, Prasana Diksa, kini lapan tahun.



Tidak diketahui di mana anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >