Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ranil Wickremesinghe dipilih jadi presiden baru Sri Lanka

Jul 20, 2022 | 05:31 PM



COLOMBO:  Perdana Menteri Sri Lanka sebanyak enam kali, Encik Ranil Wickremesinghe, 73 tahun, pada Rabu (20 Jul) dipilih dengan majoriti mutlak  sebagai presiden baru negara itu, menggantikan Encik Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri dari negara itu yang dilanda krisis dan meletak jawatan minggu lalu.



Keputusan rasmi menunjukkan Encik Wickremesinghe memperoleh 134 undi dalam undian Parlimen tiga penjuru, dengan lawan utamanya, Encik Dullas Alahapperuma, mendapat 82 undi dan Encik Anura Dissanayake yang berhaluan kiri hanya tiga undi.



Ini sekali gus memberikan Encik Wickremesinghe majoriti mutlak.



“Perpecahan kita kini sudah berakhir,” kata Encik Wickremesinghe dalam ucapan penerimaan ringkas  di Parlimen, dan mengundang Encik Alahapperuma “untuk menyertai saya dan bekerjasama untuk membawa negara keluar daripada krisis yang kita hadapi”.



Beliau  berharap dapat mengangkat sumpah sebagai presiden pada lewat Rabu di majlis ringkas dalam bangunan Parlimen yang dikawal ketat. –  AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >