Rasuah: Seorang lagi 'Datuk', bekas pegawai tinggi M'sia, ditangkap

PETALING JAYA: Pegawai antirasuah Malaysia menahan pada Ahad (8 Jan) seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi kerajaan, dalam satu lagi kali tindakan menentang rasuah.

Penangkapan 'Datuk' berusia 62 tahun itu di rumahnya di Shah Alam menyusuli penahanan setiausaha agung Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah minggu lalu dalam siasatan rasuah berasingan.

Dalam kes terbaru itu, bekas pegawai kanan berkenaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa meminta rasuah RM36,000 ($11,600).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan itu dan menambah suspek akan didakwa di mahkamah Shah Alam pada Isnin.

Akhbar The New Straits Times mengenal pasti agensi tersebut sebagai Tekun Nasional, sebuah badan yang ditugaskan membantu usahawan Melayu.

Dalam kes setiausaha agung Kementerian Luar Bandar dan Wilayah itu, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman, SPRM menemui RM550,000 lagi di rumahnya, termasuk beberapa ribu dolar dalam mata wang Singapura.

Sebelum ini, RM5 juta ditemui di rumah dan peti deposit keselamatannya dalam bentuk wang tunai, emas, 150 beg tangan mewah dan jam tangan berjenama.

Arif, 59 tahun, tinggal di sebuah rumah teres sudut dua tingkat yang mempunyai lapan bilik tidur, dan wang tunai RM550,000 itu ditemui di bilik pembantu rumahnya.

Dia dikatakan melakukan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram sejak 2010.

Pada Oktober lalu, SPRM menyerbu rumah beberapa pegawai Jabatan Air Sabah dan menemui RM57 juta dalam bentuk wang tunai, 19kg barang kemas emas, 97 beg tangan berjenama terkenal dan 127 hak milik tanah bagi tapak bernilai RM30 juta.

Sebanyak RM60 juta dalam akaun bank juga dibekukan berkaitan kes itu.

Tiga orang didakwa minggu lepas menyalah guna dana berjumlah RM61.5 juta dan memiliki barangan mewah secara haram berkaitan kes tersebut. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.