Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratu Elizabeth rai ulangtahun ke-91

Apr 21, 2017 | 04:11 PM



LONDON (Britain): Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahun kelahiran ke-91, hari ini.



Sebagai ratu paling lama memerintah, beliau bagaimanapun semakin jarang melakukan tugas diraja bagi membolehkan generasi muda lebih ke hadapan.



Tembakan penghormatan di Tower Bridge di London dan di Hyde Park menandakan sambutan itu.



Ia merupakan upacara lebih kecil berbanding ketika sambutan meraikan usia ke-90 tahun, tahun lalu.



Sebanyak 1,000 rumah api dihidupkan di seluruh negara hari ini, dan acara lain termasuk parti jalanan dan perarakan di kediamannya di Windsor Castle.



"Saya masih hidup," seloroh Ratu Elizabeth pada Jun lalu ketika melawat Ireland Utara, antara tugasan bagi memenuhi agenda diraja.



Bagaimanapun, wanita diraja paling popular itu mula menyerahkan tugasan kepada anggota diraja lain dan berundur sebagai penaung 25 badan akhir tahun lalu, termasuk kejohanan tenis Wimbledon.



Walaupun Putera Charles adalah pewaris takhta Britain, perhatian lebih terarah kepada dua anaknya, William dan Harry, yang mengambil alih sebahagian tugasan nenda mereka.



Kehadiran dua anak Putera William dan isterinya, Kate Middleton, iaitu Putera George dan Puteri Charlotte, mengukuhkan pandangan positif rakyat kepada keluarga diraja.



Putera Harry turut dikagumi dan menerima pujian minggu ini kerana mengakui mendapatkan bantuan kaunseling beberapa tahun selepas kematian ibunya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >