Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratu Elizabeth 'sedih', anggap dakwaan perkauman Harry dan Meghan sebagai 'serius'

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Ratu Elizabeth II menzahirkan kebimbangan mendalam dan simpati terhadap masalah yang dihadapi cucunya, Putera Harry, bersama isterinya, Cik Meghan Markle, dalam mengharungi kehidupan diraja.



Beliau juga berjanji akan secara peribadi menangani isu berkaitan perkauman terhadap anak lelaki pasangan itu, Archie.



Sebelum ini, Cik Markle, dalam satu wawancara bersama pengacara rancangan bual bicara Oprah Winfrey yang disiarkan di televisyen Amerika Syarikat Ahad lalu, mendakwa keluarga diraja Britain menimbulkan kebimbangan mereka tentang berapa gelap kulit Archie nanti.



Mereka juga mengabaikan permintaannya meminta pertolongan ketika beliau menimbangkan membunuh diri.



"Seluruh keluarga berduka selepas mengetahui betapa mencabarnya keadaan yang terpaksa ditempuhi Harry dan Meghan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini," kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan atas nama Ratu Elizabeth kelmarin.



"Isu yang dibangkitkan, terutama mengenai perkauman, membimbangkan.



"Walaupun beberapa peristiwa yang diingati mungkin berbeza, ia diberi perhatian sangat serius dan akan ditangani oleh keluarga ini secara peribadi.



"Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa menjadi ahli keluarga yang amat disayangi."



Wawancara Cik Markle dan Putera Harry itu memberi tekanan paling kuat, selepas kehidupan menyedihkan yang ditempuhi mendiang ibu Putera Harry, Puteri Diana, pada 1990-an, ke atas Istana Buckingham untuk memberi respons mereka terhadap dakwaan itu, yang kini mencetuskan krisis.



Ia turut menimbulkan spekulasi hangat mengenai identiti ahli keluarga diraja kanan yang didakwa bertanya berapa gelap kulit Archie nanti, anak itu masih dalam kandungan.



Cik Meghan, yang ibunya orang kulit hitam dan bapa kulit putih, turut mendedahkan pernah terlintas membunuh diri tetapi tidak mendapat sebarang sokongan ketika berada dalam keluarga diraja itu.



Seorang sumber diraja mengatakan pihak istana menganggap perkara itu sebagai perihal keluarga dan anggota keluarga diraja harus diberi peluang membincangkan isu-isu yang dibangkitkan secara peribadi sebagai sebuah keluarga.



Sumber itu menambah bahawa keluarga diraja itu perlu menimbangkan dengan teliti tanggapan sebelum sebarang respons dikeluarkan.



Dalam rancangan bual bicara dua jam itu, Putera Harry juga mengatakan ayahnya, Putera Charles, pewaris takhta kerajaan Britain, mengecewakannya dan bahawa beliau berasa terperangkap dalam kehidupan sebagai keluarga diraja.



Putera Charles dilaporkan enggan melayan pertanyaan berhubung isu wawancara itu ketika membuat kemunculan awam pertama selepas krisis tersebut meletus. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >