Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratu Malaysia dikritik ambil gambar ketika perarakan Hari Kebangsaan

Sep 03, 2019 | 05:28 PM



PETALING JAYA: Menurut The Star, Raja Permaisuri Agong berkata beliau mengambil gambar dengan telefonnya semasa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia seperti yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menulis Tweet ini berdasarkan kritikan daripada orang tertentu di Twitter.



"Raja minta saya ambil gambar ... Saya hanya mengikut arahan beliau," katanya di akaun Twitternya (@cheminahsayang) selepas seorang pengguna Twitter bernama Finalana (@ Finalana1) mengatakan Ratu itu, "berperilaku seperti anak kecil mengambil gambar semasa perarakan ".



Finala juga menambah, "bolehkah anda hanya duduk dengan baik sahaja seperti seorang ratu yang menghargai acara tersebut, seperti kelinci di Alice in Wonderland."



KRITIKAN WARGA: Kenyataan Twitter oleh @Finala1 yang mengkritik Tunku Azizah kerana mengambil gambar ketika perarakan Hari kebangsaan Malaysia - Foto: SCREENGRAB DARI TWITTER/@FINALA1

 



Tunku Azizah juga mengucapkan terima kasih kepada Finalana atas komen yang dibuat.



Namun, kenyataan Tunku Azizah di Twitter itu telah menerima lebih daripada 6,200 “Likes” dan dikongsi (Retweeted) lebih daripada 4,200 kali. 



TUNKU AZIZAH BERTERIMA KASIH ATAS KRITIKAN KEPADANYA: Tunku Azizah menjelaskan bahawa beliau diminta mengambil gambar oleh Raja Malaysia - Foto: SCREENGRAB DARI TWITTER/@CHEMINAHSAYANG



Pada masa yang sama, ramai orang memuji dan menyokong beliau.



Seorang pengguna Twitter bernama ctazurah (@ ctazurah2) menulis, "Kami cinta pada ratu kita... tuanku hanya harus jadi diri anda sendiri."



Seorang pengguna lain bernama Mohd Nasiruddin (@ recca83) menasihatkan Tunku Azizah untuk mengabaikan orang yang mengkritik tingkah lakunya lalu menambah, "Kami, rakyat suka dengan cara Tuanku sekarang yang bersahaja." 



Ada juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap rakyat Malaysia yang menyokong kenyataan Finala seperti pengguna Twitter, Rahah Ghazali (@rahah_ghazali) yang menyatakan, "(Saya) sangat sedih melihat kebahagiaan dan kebaikan Ratu kami yang disalahgunakan oleh rakyat yang kurang adab."



Sesetengah pengguna Twitter telah menyelar Finalana kerana membuat kenyataan sedemikian dan menurut kajian oleh The Star, mereka mendapati bahawa kenyataan Finalana di Twitter itu telah dihapuskan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >