KES TEMBAKAN DI MASJID DI CANADA
Ratusan berarak di Quebec bagi peringati mangsa
Feb 07, 2017 | 05:30 AM
QUEBEC: Ratusan penduduk bandar ini berarak meredah salji dan cuaca sejuk semalam, bagi memperingati enam mangsa yang mati ditembak ketika bersolat di sebuah masjid tempatan, dekat sini, minggu lalu.
Perarakan bermula tidak jauh daripada kawasan masjid di Universiti Laval, tempat penyerang yang juga seorang pelajar di pusat pengajian terbabit sebelum menuju ke bangunan "National Assembly Quebec".