Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan di Hongkong sertai himpunan guru walau hujan lebat

Lebih banyak bantahan hujung minggu yang dirancang (94621)
Aug 17, 2019 | 03:42 PM



HONGKONG - Hujan lebat yang mencurah di Hongkong tidak menghalang ratusan guru dan pelajar daripada menghadiri perhimpunan hari ini (17 Ogos) yang mendesak pemerintah Hongkong supaya menangani tuntutan para penunjuk perasaan.



Penunjuk perasaan berkumpul di Chater Garden di Central pada Sabtu pagi, hanya beberapa jam selepas perhimpunan pro-kemerdekaan di taman yang sama malam sebelumnya lapor The Straits Times.



Payung pelbagai warna kelihatan dibuka apabila hujan turun ke atas perarakan ke Government House, dan penunjuk perasaan dapat didengar melaungkan "pelajar, tambah minyak (ayuh teruskan)!" dan "polis Hong Kong, tahu undang-undang tapi langgar undang-undang".



Perhimpunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Guru Profesional Hongkong, menggesa guru supaya "meluahkan hati nurani mereka", dan supaya pemerintah menangani lima tuntutan penunjuk perasaan, termasuk hak membuat pilihan dan pembebasan tanpa syarat semua penunjuk perasaan yang ditangkap.



Ia juga bertujuan untuk menunjukkan solidariti antara pendidik dan penunjuk perasaan yang kebanyakannya warga muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >