Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan ditangkap di China berkaitan video lebih 30 budak perempuan diculik dan dirogol

Nov 11, 2016 | 09:09 AM



BEIJING: Polis China telah membongkar rangkaian pornografi kanak-kanak melibatkan lebih 30 budak perempuan bawah umur dirogol atau dicabul, dan menahan beratus-ratus suspek di seluruh negara itu, lapor South China Morning Post.

Polis menahan suspek utama, bernama keluarga Sun, pada Mac selepas dimaklumkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat pengguna Internet China memuat naik sejumlah besar pornografi kanak-kanak di laman web gelap, lapor Xinhua.

Ratusan video dimuat naik di web gelap oleh rangkaian pornografi kanak-kanak, menurut laporan media China. Web gelap merujuk kepada kandungan Internet yang tidak boleh diakses melalui enjin carian biasa, dan oleh itu menjadi syurga penjenayah siber.

Menurut Jinghua Times, video itu menunjukkan lebih 30 kanak-kanak perempuan diculik, ada oleh lelaki bermotosikal, dan kemudian dicabul atau dirogol.

Video itu diakses oleh pengguna Internet lebih 20,000 kali, seorang pegawai polis memberitahu Jinghua Times.

Sun, 19 tahun, mempunyai tiga terabit pornografi, termasuk 400 gigabait pornografi kanak-kanak, semasa ditangkap di sebuah pangsapuri di Beijing, kata Xinhua.

Mahasiswa di sebuah universiti di Beijing itu mendedahkan dia sering membeli dan mengedar pornografi kanak-kanak melalui kumpulan mesej segera seperti QQ, serta melalui pemacu awan (cloud).

Sun juga memuat naik video ke laman web asing untuk tukar ganti dengan video lucah yang dia "tidak pernah tengok di China", lapor Xinhua.

Polis berkata beberapa video di web gelap itu dihasilkan dan difilem di China, berdasarkan bahasa yang dituturkan dan persekitarannya.

"Melihat begitu ramai kanak-kanak dipaksa mengalami perbuatan ngeri seperti itu pada usia muda membuat setiap pegawai polis kami yang terlibat dalam kes ini amat marah dan sedih," kata pegawai bertanggungjawab ke atas kes tersebut, Encik Zhang Min.

Ahli kumpulan sembang Sun juga menyuruh ahli kumpulan lain merakam video mereka merogol atau mencabul kanak-kanak dan mengedarkan video itu.

Sebahagian mangsa adalah jiran suspek atau tinggal dekat tempat kerja mereka, kata Encik Zhang.

Sun dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana mengedar pornografi kanak-kanak, kata laporan Xinhua.

Suspek lain masih disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >