Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Ratusan jaya loloskan diri dari Mariupol

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



LVIV (Ukraine): Ratusan orang telah melarikan diri dengan menggunakan kereta kelmarin dari bandar Mariupol di Ukraine, yang dikepung, menurut pemerintah setempat.



Sementara itu, konvoi kenderaan membawa makanan, air dan ubat-ubatan berusaha meskipun dengan rentak perlahan untuk cuba mencari jalan selamat bagi melalui bandar yang sedang huru-hara itu.



Saudara-mara yang masih tinggal di Mariupol berkata melarikan diri adalah jalan terbaik untuk terus hidup.



"Saya tidak percaya bahawa kenderaan konvoi kemanusiaan merupakan satu bentuk bantuan besar," kata seorang aktivis kemanusiaan, Encik Olexander Kryvoshapro, yang ibu bapanya berada di Mariupol.



"Terlalu ramai orang masih di sana. Bandar yang dulunya cantik, besar dan sentiasa membangun itu kini musnah sepenuhnya. Mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tinggal di sana. Semua orang perlu dipindahkan," tambah beliau.



Dianggarkan 400,000 orang terperangkap di bandar itu, yang kini memasuki minggu kedua tanpa makanan, air dan haba.



Percubaan untuk sampai ke bandar itu dan memindahkan mereka yang ada di sana ternyata gagal dari sehari ke sehari ekoran ketegangan yang berlarutan seiring pertempuran.



Kelmarin, konvoi kenderaan membawa 100 tan bekalan bantuan, kata pegawai di sana.



Russia telah mengepung bandar itu, sebuah hab perindustrian utama di Laut Azov.



Ia mewujudkan bencana kemanusiaan yang menyebabkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengeluarkan rayuan kecemasan gencatan senjata demi membantu ribuan orang yang tidak punya akses kepada keperluan asas seperti air, makanan dan haba.



Pemerintah Ukraine menganggarkan Ahad lalu lebih 2,000 orang terkorban, hampir dua kali ganda berbanding sehari sebelum itu.



"Mayat, orang awam dan tentera, masih terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di tempat terbuka di mana mereka tumpas," kata ICRC.



Ratusan orang yang berjaya melarikan diri pagi kelmarin meninggalkan bandar dengan menggunakan 160 kereta.



Kejayaan mereka meloloskan diri itu dirahsiakan sehingga mereka berada dalam jarak selamat, ujar pegawai Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >