Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan orang bantah langkah polis Chicago tembak mati remaja Latin

Apr 17, 2021 | 11:48 AM



CHICAGO: Ratusan penduduk berhimpun di jalanan Chicago pada Jumaat (16 April) bagi melancarkan tunjuk perasaan membantah langkah polis menembak remaja Amerika Latin, Adam Toledo.



Sehari selepas kejadian itu berlaku dua minggu lalu, polis mengeluarkan video seorang pegawai polis menembak mati Toledo, remaja berusia 13 tahun itu di sebuah lorong. Video itu mencetuskan kemarahan ramai.



Teriakan berulang "Angkat tangan, jangan tembak!" dan "Tiada keadilan, tiada keamanan!"  kedengaran sedang penunjuk perasaan itu menayangkan papan tanda dengan kata-kata "Keadilan buat Adam Toledo" dan "Hentikan Keganasan Polis Yang Berbaur Perkauman!"



Penunjuk perasaan ini kemudian bertafakur seketika dan memberi sokongan kepada saudara-mara remaja ini yang merayu agar kedamaian tetap terjaga dalam mereka menegakkan kebenaran.



Tunjuk perasaan itu bermula di Logan Square Park, sekitar 8 kilometer ke utara daripada lokasi kejadian tembakan itu berlaku.



Video sembilan minit itu dirakam kamera yang terlekap pada tubuh pegawai polis berkenaan, Eric Stillman. Ia menunjukkan pegawai polis berusia 34 tahun itu mengejar dan menembak Toledo pada 29 Mac sekitar 2.30 pagi di Little Village, sebuah kejiranan kelas pekerja di kawasan barat kota Chicago yang mempunyai sebilangan besar penduduk keturunan Mexico Amerika.



Toledo kelihatan memegang pistol ketika dia mengikut arahan Stillman agar berhenti berlari. Dia yang dipercayai mengikuti seorang lelaki lain, Ruben Roman, 21 tahun, yang menembak sebuah kereta yang melintas, kemudian menjatuhkan pistol itu, mengangkat tangannya serta-merta sebelum Stillman menembaknya.



Pendedahan video ini muncul ketika ketegangan memuncak di Chicago dan merentas Amerika berhubung dengan isu keadilan polis dan perkauman.



Dalam satu kejadian menembak terkini melibatkan polis dan individu bukan kulit putih, seorang pegawai polis di pinggir bandar Minneapolis menembak mati seorang lelaki kulit hitam ketika berhenti di lampu trafik. Polis itu kini dikenakan dakwaan membunuh. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >