Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Dunia0

Ratusan penerbangan dibatal sedang Shanghai cuba kawal wabak Covid-19

Nov 24, 2020 | 05:12 PM

BEIJING: RATUSAN penerbangan di salah satu lapangan terbang paling sibuk China terpaksa dibatal hari ini (Selasa, 24 Nov) sedang Shanghai berusaha mengawal wabak koronavirus setempatnya.

Pegawai kesihatan telah menguji ribuan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong sejak sejumlah kecil kes Covid-19 di bandar tersebut dikaitkan dengan beberapa pengendali kargo.
 

Meskipun dapat mengawal pandemik yang bermula di negara tersebut hujung tahun lalu melalui sekatan dan penutupan, China kini berdepan dengan penularan wabak tersebut di beberapa bandar.
 

Shanghai telah melaporkan tujuh kes jangkitan setempat yang dikaitkan dengan lapangan terbang tersebut bulan ini.
 

Sekitar 500 penerbangan keluar Lapangan Terbang Pudong telah dibatalkan hari ini, iaitu hampir separuh penerbangan yang dijadualkan.
 

Hampir separuh penerbangan masuk juga telah dibatalkan.
 

Media tempatan melaporkan bahawa lebih 17,700 orang telah diuji pagi semalam dalam usaha menjalankan ujian swab ke atas kakitangan kargo lapangan terbang. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map