Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan penunjuk perasaan HK berkumpul di pusat beli belah New Town Plaza

Sep 22, 2019 | 05:50 PM



HONG KONG - Ribuan penunjuk perasaan di Hong Kong telah berkumpul di sebuah pusat beli belah di bandar Sha Tin di kawasan New Territories Ahad (22 Sept), sehari selepas mereka bertembung dengan pasukan polis malam semalam.



Pusat beli belah New Town Plaza itu, yang dipenuhi penunjuk perasaan berpakaian hitam, diselimuti sorakan perjuangan seperti, “terus berjuang demi kebebasan,” dan “bebaskan Hong Kong.” Mereka juga menyanyikan lagu kebangsaan Hong Kong yang ‘baru,’ iaitu Glory to Hong Kong.



Di kalangan penunjuk perasaan itu juga terdapat beberapa keluarga yang melibatkan diri dalam kegiatan menghasilkan burung kertas origami untuk memaparkan tulisan slogan sorakan tersebut yang kemudian akan dimuat dalam bingkai foto.



Satu slogan yang sering digunakan ialah “lima permintaan, tidak kurang daripada itu.”



Pihak polis Hong Kong pula telah mengeratkan penguatkuasaan di stesen rel yang menawarkan khidmat keretapi ke lapangan terbang pada hari Ahad untuk menghalang sebarang kegiatan petunjuk perasaan yang akan menjejas operasi penerbangan. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >