Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan ribu maut dek gempa di Indonesia sejak 2004

Aug 26, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.9 pada skala Richter yang menggegarkan pulau Lombok pada 5 Ogos lalu ialah salah satu daripada banyak gempa maut yang melanda Indonesia sejak 2004.



Berikut antara gempa besar yang melanda negara kepulauan luas itu:



26 Disember 2004: Sebuah gempa besar berukuran 9.1 pada skala Richter membadai pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 orang di seluruh rantau ini, termasuk 168,000 di Indonesia.



Ia gempa ketiga terbesar di dunia sejak 1900, dan kesannya membuat dasar laut di beberapa tempat naik setinggi 15 meter.



Wilayah Aceh kawasan terkena paling teruk terjejas, tetapi tsunami yang tercetus menjejas pantai sejauh Afrika.



28 Mac 2005: Gempa berukuran 8.6 melanda pantai Sumatera, membunuh sekitar 900 orang dan mencederakan 6,000.



Ia menyebabkan kemusnahan meluas di pulau barat Nias.



26 Mei 2006: Gempa sekuat 6.3 melanda kawasan padat dengan penduduk di pulau Jawa berhampiran bandar Yogyakarta, membunuh sekitar 6,000 orang dan mencederakan 38,000 orang.



Lebih 420,000 orang kehilangan tempat tinggal dan kira-kira 157,000 rumah musnah.



17 Julai 2006: gempa luar pesisir berukuran 7.7 mencetuskan tsunami yang melanda pantai barat daya Jawa berhampiran resort Pangandaran.



Ia membunuh lebih 600 orang.



2 September 2009: Lebih 100 orang mati apabila Jawa dilanda gempa sekuat 7.0.



30 September 2009: Gempa sekuat 7.6 melanda Padang, sebuah pelabuhan utama di pantai barat Sumatera, membunuh sekurang-kurangnya 1,100 orang.



Hampir setengah juta orang kehilangan tempat tinggal dan 100,000 rumah hancur.



25 Oktober 2010: Lebih 430 orang mati apabila gempa berukuran 7.8 dan tsunami melanda kawasan terpencil Mentawai, di lepas pantai Sumatera.



Beberapa kampung dihancurkan oleh gelombang lebih tiga meter tinggi yang membadai hingga 600 meter ke darat.



Sekitar 15,000 orang kehilangan tempat tinggal.



6 Disember 2016: Lebih 100 orang mati selepas gempa sekuat 6.5 melanda Aceh. Lebih ramai orang cedera, beratus-ratus rumah dan masjid musnah dan kira-kira 84,000 orang kehilangan tempat tinggal. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >