Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN GANAS

Ratusan warga Mesir berontak tuntut keadilan ekoran letupan

Dec 13, 2016 | 05:30 AM



KAHIRAH: Ratusan penunjuk perasaan semalam berkumpul di luar Gereja Koptik bagi menuntut keadilan selepas satu letupan berlaku di ibu kota itu kelmarin.



Sebutir bom telah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang, manakala 35 lagi cedera, ketika menghadiri upacara keagamaan di sebuah gereja.



Serangan itu berlaku bersebelahan Gereja Ortodoks Koptik Saint Mark dalam kawasan kejiranan Abbasiya.



Itulah serangan paling teruk yang dihadapi kelompok Kristian minoriti tersebut di sana.



Menurut pihak berkuasa, letupan yang memusnahkan bahagian dalam gereja itu berlaku sekitar 10 pagi.



Tingkap kaca gereja itu musnah dan banyak mayat bergelimpangan dalam dewan utama.



Stesen televisyen pemerintah memetik seorang pegawai rasmi keselamatan sebagai berkata sejenis bom TNT dipercayai digunakan dalam serangan itu.



Masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut, namun kumpulan militan di Semenanjung Sinai sering menjadikan warga Kristian dan Islam yang bekerjasama dengan pemerintah Mesir sebagai sasaran.



Pihak berkuasa percaya bahawa sebutir bom dilontar ke dalam gereja terbabit.



Agensi berita rasmi Mesir Mena pun melaporkan bahawa penyerang terbabit melontar bom pada tembok di luar gereja yang juga pejabat pemimpin ortodoks Kristian Mesir, Paus Tawardos II.



Penganut Kristian Koptik merangkumi 10 peratus daripada 90 juta warga Mesir.



Pada 2011, seorang pengebom meletupkan dirinya lalu membunuh sekurang-kurangnya 21 orang di luar sebuah gereja di Iskandariah.



Jumaat lalu, dua serangan bom berlaku di tepi jalan - satu di Kahirah dan satu lagi di utara ibu kota.



Enam pegawai polis terkorban, manakala enam lagi cedera.



Pasukan keselamatan Mesir juga sedang memerangi kumpulan pemberontak yang dipimpin cabang IS di Sinai Utara.



Ratusan askar dan pegawai polis sudah pun terkorban.



Kumpulan pemberontak itu turut melancarkan serangan di Kahirah dan bandar lain. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >