Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja India mati digilis kereta api ketika ambil gambar selfie

Feb 02, 2016 | 11:53 AM



CHENNAI: Seorang remaja India dilanggar dan terbunuh selepas dia cuba mengambil gambar selfie di depan kereta api yang sedang mara, kata polis.


Kereta api penumpang itu menggilis remaja tersebut tidak lama selepas dia melangkah ke landasan untuk memetik gambar di bandar selatan Chennai, ketika berjalan ke rumah dengan rakan-rakan pada petang Ahad (31 Jan).


Remaja itu, dilaporkan berusia 16 tahun dan telah menghabiskan sehari di taman haiwan, berjalan di depan kereta api tersebut dan tunggu hingga ia mara lebih dekat kepadanya untuk mengambil gambar, menurut laporan media tempatan.


Kemalangan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas polis di bandar barat Mumbai mengambil tindakan untuk menghalang orang ramkai membahayakan diri sendiri dan orang lain ketika cuba mengambil selfie.


Ini selepas seorang lelaki lemas semasa cuba menyelamatkan seorang gadis yang terjatuh ke dalam laut semasa mengambil gambar selfie.


Polis mengenal pasti 16 tempat mengambil gambar selfie berbahaya di Mumbai dan telah meminta majlis tempatan memasang tanda amaran dan mengerahkan penjaga pantai.


Mei lalu, seorang wanita Russia tertembak diri sendiri di kepala semasa bergaya mengambil gambar selfie dengan sebuah pistol.


Penyiasat Amerika Syarikat berkata Februari lalu bahawa seorang juruterbang berulang kali mengambil gambar selfie hingga pesawat kecil itu terhempas, membunuh kedua-dua orang di dalamnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >