Remaja Malaysia ancam wanita dengan pisau bagi buktikan dia ahli ISIS

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terpengaruh oleh ideologi kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menahan seorang wanita dengan pisau di sebuah pasar raya di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata remaja itu, yang memakai pakaian ISIS, ditangkap beberapa minit kemudian pada 8.30 malam Isnin (11 Jan).

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan