Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja Malaysia meninggal dunia akibat TB, hospital perlu berjaga-jaga

Sep 09, 2019 | 09:36 AM



GEORGE TOWN - Seorang pelajar perempuan berumur 19 tahun meninggal dunia akibat Batuk Kering (TB), lapor The Star.



Carmen Yee, seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Georgetown, Penang, yang berbakat dalam bidang muzik dan sukan meninggal dunia di hospital pada 26 Ogos setelah beliau dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU).



Menurut seorang jurucakap SMJK Heng Ee, Cik Yee berkelihatan sihat sewaktu cuti sekolah bulan lalu.



Namun, apabila sekolah dibuka kembali, Carmen didapati mempunyai batuk yang teruk di tandas sekolah sebelum beliau dihantar ke rumah.



Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalid, yang mengesahkan kes itu, berkata lebih 300 pelajar dan kakitangan SMJK Heng Ee telah menjalani pemeriksaan.



"Proses ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menindaklanjuti sesiapa yang mungkin berhubung dengannya," katanya.



Laporan penuh mengenai kes itu masih diusahakan.



Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, Kementerian Kesihatan mesti berwaspada terhadap kes-kes TB yang semakin meningkat di Malaysia, terutamanya, perubahan terhadap jenis penyakit itu yang menyebabkan ia semakin kompleks.



"TB boleh disembuhkan dan (seseorang yang menghidapinya) mempunyai peluang yang baik untuk pulih dengan sepenuhnya jika dirawat dengan awal dan baik," katanya.



Merujuk kepada laporan media, beliau bercakap mengenai tiga kes TB yang baru-baru ini melibatkan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis, berusia 21 tahun dan dua orang lagi yang dikatakan telah meninggal dunia selepas batuk darah.



Dr Mah mendesak Kementerian Kesihatan untuk memaklumkan kes-kes TB itu secara awal dan memerhatikan corak perubahan penyakit itu.



Beliau menambah bahawa Kementerian Kesihatan harus mengarahkan hospital kerajaan dan klinik untuk berjaga-jaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >