Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja terperangkap dalam gua Thai berada dalam keadan baik

Pakar perubatan sedang pantau pemulihan mangsa selepas dikeluarkan dari gua
Jul 12, 2018 | 05:30 AM



CHIANG RAI: Kebanyakan daripada 12 budak lelaki yang diselamatkan dari dalam sebuah gua di Thailand kehilangan purata dua kilogram berat badan semasa menghadap pengalaman getir itu, tetapi berada dalam keadaan baik, kata seorang pegawai kanan semalam dalam kemas kini kesihatan terbaru mengenai mereka.



Sementara itu, salah seorang yang memainkan peranan besar dalam usaha menyelamat itu, Dr Richard Harris dari Australia, menerima berita sedih bahawa ayahnya meninggal dunia kelmarin, tidak lama selepas kumpulan terakhir budak lelaki itu dan jurulatih mereka diselamatkan.



Dr Thongchai Lertwilairatanapong, seorang inspektor jabatan kesihatan Thailand, semalam berkata penilaian kesihatan menunjukkan semua budak lelaki itu dan jurulatih mereka, berada dalam keadaan baik dan tidak stres.



"Tiada seorang pun daripada mereka mengalami keadaan serius akibat kekurangan makanan. Anda boleh hidup berbulan-bulan tanpa makanan, tetapi mereka mempunyai air," tambah Dr Thongchai, lapor akhbar The Straits Times.



"Secara keseluruhannya 13 orang itu berada dalam keadaan sangat baik."



"Dan oleh kerana mereka tinggal bersatu, emosi mereka terkawal. Mereka membantu satu sama lain, terima kasih kepada pengurusan jurulatih (penolong jurulatih Ekkapol Chantawong)," ujar Dr Thongchai.



Seorang dalam kumpulan terakhir yang diselamatkan menunjukkan sedikit tanda-tanda masalah paru-paru, sementara dua lagi dirawat bagi radang paru-paru ringan.



Dua belas budak lelaki pasukan bola sepak Wild Boars itu dan jurulatih mereka, Encik Ekkapol, 25 tahun, terkandas dalam gua Tham Luang di utara Thailand itu pada 23 Jun sebelum ditemui 10 hari kemudian pada 2 Julai.



Operasi menyelamatkan mereka berbahaya kerana gua tersebut panjang, dalam, sempit dan dipenuhi air banjir dek musim hujan.



Malah, seorang penyelam bekas anggota pasukan Seals Angkatan Laut Thailand, mendiang Saman Gunan, maut apabila kehabisan bekalan oksigen ketika menyelam untuk menyampaikan tangki oksigen ke dalam gua itu.



Usaha menyelamatkan diri memerlukan kemahiran menyelam gua, tetapi kanak-kanak berusia antara 11 dengan 16 tahun itu dan jurulatih mereka bukan tidak tahu menyelam sahaja, bahkan berenang.



Namun, satu usaha antarabangsa melibatkan penyelamat Thai dan beberapa negara lain berjaya menyelamatkan mereka dalam empat kumpulan dalam operasi dari Ahad hingga Selasa lalu.



Dr Harris anggota terakhir pasukan penyelamat yang meninggalkan gua itu dan kemudian mendapat tahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia.



Menurut agensi berita, bos beliau, Encik Andrew Peace, berkata dalam satu kenyataan bahawa ayah Dr Harris meninggal dunia pada Selasa sejurus selepas kumpulan terakhir kanak-kanak itu diselamatkan.



Encik Peace tidak menyatakan punca kematian.



Dr Harris, seorang pakar anestesia dan penyelam gua, memainkan peranan dalam menentukan siapa dalam kalangan budak-budak itu yang harus diselamatkan dulu.



Semua budak itu dan jurulatih mereka kini sedang menerima rawatan perubatan di hospital. Sampel darah mereka telah dihantar ke makmal di Bangkok untuk memeriksa bagi tanda-tanda penyakit yang mungkin dijangkiti dalam gua itu.



Hasil ujian makmal bagi budak dalam dua kumpulan pertama yang diselamatkan tidak menunjukkan sembarang tanda jangkitan penyakit berkaitan air, tanah atau kelawar.



Doktor bimbang mereka mungkin terdedah kepada penyakit yang dibawa oleh kelelawar, jangkitan kulat yang kadang-kadang dipanggil 'penyakit gua', atau leptospirosis, iaitu penyakit bakteria berpunca daripada air, kerana mereka terperangkap lama di bawah tanah.



Namun, hampir kesemuanya didapati mengalami paras sel darah putih tinggi, iaitu tanda jangkitan, lantas diberi antibiotik, kata Dr Thongchai.



Mereka semua akan dikuarantin di hospital selama tujuh hari dan kesihatan mereka akan dipantau dengan teliti selama satu minggu selepas keluar.



Sesetengah permintaan budak-budak itu untuk menonton televisyen ditolak sementara menunggu konsultasi dengan pakar psikiatri.



Dr Ananya Sinrachatanant, pakar psikiatri dari Royal College of Psychiatrists, berkata kesihatan mental semua mangsa masih rapuh kerana mereka baru terselamat daripada pengalaman traumatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >