Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rempuh perarakan Krismas: Lelaki juga terlibat dera famili

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



WISCONSIN (Amerika Syarikat): Lelaki yang dituduh dengan sengaja merempuh keretanya ke arah satu perarakan Krismas berhampiran Milwaukee dan membunuh lima orang dan mencederakan puluhan lain, sebelum ini telah diikat jamin daripada satu kes penderaan rumah tangga dan disyaki dalam satu lagi pertengkaran ganas pada awal hari yang sama, kata pihak berkuasa kelmarin.



Suspek itu, Darrell Brooks, 39 tahun, diberkas berhampiran tempat kejadian serangan pada Ahad lalu di Waukesha, Wisconsin, dan menghadapi lima pertuduhan pembunuhan tahap pertama, kata Ketua Polis Waukesha, Encik Daniel Thompson.



Selain lima orang yang terbunuh - dalam lingkungan 52 tahun hingga 81 tahun - 48 lagi cedera, termasuk enam kanak-kanak yang masih dirawat di hospital dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa.



Antara mangsa adalah ahli kumpulan perbarisan yang menggelarkan diri mereka "Dancing Grannies," menurut satu kenyataan yang disiarkan di Facebook kelmarin.



Encik Thompson berkata motif serangan itu masih belum dipastikan tetapi jelas suspek bertindak dengan sengaja.



"Dia memandu terus melalui pengadang dan pegawai," kata Encik Thompson pada satu taklimat, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah menolak pengganasan sebagai motif.



Pendakwa raya Daerah Waukesha, Cik Sue Opper, berkata suspek bertindak sendirian.



Polis tidak mengejar Brooks ketika dia memasuki kawasan perarakan, tetapi seorang pegawai melepaskan tembakan untuk cuba menghentikan kenderaan utiliti sukannya, kata ketua polis.



"Beberapa minit selepas kejadian itu berlaku, saya segera ke tempat kejadian," kata Encik Thompson.



"Dan apa yang saya lihat di tempat tragedi adalah wira-wira - responden pertama dalam anggota masyarakat yang bekerjasama untuk membantu mangsa."



Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat sedang membantu polis tempatan dalam siasatan.



Brooks mempunyai sejarah jenayah dan kali terakhir dibebaskan daripada tahanan pada 11 November lalu selepas membayar bon tunai AS$1,000 (S$1,364) - jumlah yang disifatkan Pejabat Peguam Daerah Milwaukee sebagai "amat rendah memandangkan jenis pertuduhan baru-baru ini" terhadap Brooks.



Dia telah didakwa pada 5 November kerana menghalang tugas polis, bertindak ganas dan bahaya, berkelakuan tidak senonoh dan melompat ikat jamin jenayah dalam kes penderaan rumah tangga, menurut rekod pendakwa raya dan mahkamah negeri.



Pada masa tragedi Ahad lalu, polis juga telah menerima aduan tentang gangguan rumah tangga yang melibatkan Brooks dan pisau yang dibawanya, tetapi tidak dapat memberi respons kerana mereka sibuk dengan perarakan itu, kata Encik Thompson. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >