Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rempuhan Halloween: Kedutaan S'pura di Seoul turut sedih dengan 151 nyawa terkorban

Oct 30, 2022 | 12:17 PM



SEOUL: Kedutaan Singapura di Seoul berkata pada Ahad (30 Oktober) ia turut bersedih dengan laporan tentang rempuhan yang berlaku di ibu negeri Korea Selatan itu.



Dalam satu hantaran Facebook, kedutaan itu berkata warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Pejabat Petugas Kedutaan di talian 010-7204-6240 (jika menghubungi dari luar Korea Selatan pula, hubungi 8210-7204-6240).



Rempuhan pada Sabtu malam itu berlaku di kawasan Itaewon di Seoul apabila selautan manusia yang meraikan pesta Halloween merempuh lorong di kawasan hiburan malam, jelas pegawai kecemasan.



Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan 151 kematian. Mereka yang terbunuh termasuk 19 warga asing daripada negara seperti Iran, Uzbekistan, China dan Norway.



Kebanyakan yang meninggal dunia dikatakan adalah remaja dan individu dalam peringkat usia 20-an tahun. Lagi 82 orang cedera. - THE STRAITS TIMES



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >